Monday, March 15, 2010



Macam-macam budak2 nie, bila ada minat pada sesuatu karakter tu, semua benda nak yg ada karakter tuh. Mula2 Dora The Explorer, Barney the Dinosaur, Ben 10, Elmo dan sekarang pulak Hello Kitty. Nak jadikan cerita, kat mana-mana pulak sekarang nie banyak jual barang2 Hello Kitty. Pergi Giant ke, Tesco ke, IOI Mall ke..ada je benda Hello Kitty. Tak boleh nak lari.. bila terserempak je, mesti nak. Aduihh...




Barangan kitty nie bukan Naz beli ye tapi hadiah dari kawan-kawan. Ada yg diberikan utk anak Naz dan ada utk Naz ( Bkn Naz minta, tapi org selalu assume kalau anak minat, mama pun minta jugak.) Jadi dapat la juga tempias2nya...ehehe.




Nie barangan hello kitty, kawan dari Jepun kirimkan. Dapat 2 set sudu, 2 towel kecil, 1 beg & 3 cellphone charm. Seronok tgk kan? Bayangkan kegembiraan anak Naz yg dapat bende2 nie, merata2 dia usung brg2 nie dlm rumah. :P


Mula2 yg minat kitty nie, anak bongsu Naz, Ayuni. Waktu dia dekat dua tahun, dia jumpa patung hello kitty McDonalds (Naz beli dulu time study), dia bawak tidur. Lepas tuh entah macam mana berkenan pulak dgn si-kitty nie. Minat sangat2 pulak tuh sampai kadang2 siap buat bunyi kucing lagik.. :P Naz sampai order tuala sulam hello kitty siap dgn nama dia dari Zura. Mmg cantik hasil Zura. Naz masih berhutang gambar anak Naz dgn tuala nie dgn Zura. (sorry Zura, Naz tak lupa cuma anak kacik nie payah betul nak bergambar..siap nangih2 lagi)


Cantikkan hasil kerja Zura? Macam nak tempah lagi nnt..tapi next time tak tahu pula apa yg dia minat pulak nnt. ;-)


Ada lagi koleksi budak-budak nie, nnt bila free leh Naz letakkan picsnya, ada le sket lagi..kalau ambil gambar satu2, jenuh jugak, tapi kalau combine banyak2, boleh la kut..

Nnt samb lagi..

Friday, March 12, 2010

Setelah lama menyepi....



Dah bersawang2 dah blog Naz nie. Sejak anak sulung mula masuk sekolah awal tahun nie, masa jadi terhad utk Naz. Rutin harian bertambah padat sedikit berbanding sebelumnya. Pagi2, dah kene ligat buat breakfast, pastu siapkan pula lunch utk anak sebelum dia ke sekolah. Dalam masa yang sama pulak, jadi tutor utk dia. Walaupun di sekolah cikgu dah ajar, kat rumah kene juga ajar balik dan monitor dia time buat homework. Kadang2 kalau takde homework, naz pulak bagi latihan sket, bukan apa..utk mantapkan lagi fahaman & secara tak langsung tambahkan minat & keyakinan anak Naz utk belajar. Tapi..bukan senang rupanya... Letih juga Naz... :-) tapi takpe, letih yang berbaloi-baloi..ehehe.

Anak2 pulak makin aktif tambahan pula yg kecik (yg baru 3thn tuh). Dah macam arnab dlm iklan bateri Energizer tuh! Tak reti langsung diam..ader je agenda dia kat rumah. Kalau tak main atau mewarna buku kaler yg Naz beli..mesti dia mengemas semula rumah ikut citarasa dia. (paham2 le keadaan rumah Naz time dia mengemas) Siap sedara Naz perli... "Takpe anak energizer bunny, mamanya boleh jadi SUPERWOMAN ". Kalau jadi superwoman, kene beli uniform khas le camtuh (tak nak kaler combi merah+biru & pelik cam superman)..seksa nnt.. ehehe..

Nanti bila free Naz akan sambung lagi. Actually Naz pon baru baik demam nie, semlman demam terbaring kat katil. Overworked agaknya... :-(

Maybe next entry nie, Naz nak citer sket pasal kegilaan baru anak Naz (bukan gila betul tuh..), kegilaan minat terhadap bende2 nie..nnt Naz citer yer?