Monday, March 15, 2010



Macam-macam budak2 nie, bila ada minat pada sesuatu karakter tu, semua benda nak yg ada karakter tuh. Mula2 Dora The Explorer, Barney the Dinosaur, Ben 10, Elmo dan sekarang pulak Hello Kitty. Nak jadikan cerita, kat mana-mana pulak sekarang nie banyak jual barang2 Hello Kitty. Pergi Giant ke, Tesco ke, IOI Mall ke..ada je benda Hello Kitty. Tak boleh nak lari.. bila terserempak je, mesti nak. Aduihh...




Barangan kitty nie bukan Naz beli ye tapi hadiah dari kawan-kawan. Ada yg diberikan utk anak Naz dan ada utk Naz ( Bkn Naz minta, tapi org selalu assume kalau anak minat, mama pun minta jugak.) Jadi dapat la juga tempias2nya...ehehe.




Nie barangan hello kitty, kawan dari Jepun kirimkan. Dapat 2 set sudu, 2 towel kecil, 1 beg & 3 cellphone charm. Seronok tgk kan? Bayangkan kegembiraan anak Naz yg dapat bende2 nie, merata2 dia usung brg2 nie dlm rumah. :P


Mula2 yg minat kitty nie, anak bongsu Naz, Ayuni. Waktu dia dekat dua tahun, dia jumpa patung hello kitty McDonalds (Naz beli dulu time study), dia bawak tidur. Lepas tuh entah macam mana berkenan pulak dgn si-kitty nie. Minat sangat2 pulak tuh sampai kadang2 siap buat bunyi kucing lagik.. :P Naz sampai order tuala sulam hello kitty siap dgn nama dia dari Zura. Mmg cantik hasil Zura. Naz masih berhutang gambar anak Naz dgn tuala nie dgn Zura. (sorry Zura, Naz tak lupa cuma anak kacik nie payah betul nak bergambar..siap nangih2 lagi)


Cantikkan hasil kerja Zura? Macam nak tempah lagi nnt..tapi next time tak tahu pula apa yg dia minat pulak nnt. ;-)


Ada lagi koleksi budak-budak nie, nnt bila free leh Naz letakkan picsnya, ada le sket lagi..kalau ambil gambar satu2, jenuh jugak, tapi kalau combine banyak2, boleh la kut..

Nnt samb lagi..

Friday, March 12, 2010

Setelah lama menyepi....



Dah bersawang2 dah blog Naz nie. Sejak anak sulung mula masuk sekolah awal tahun nie, masa jadi terhad utk Naz. Rutin harian bertambah padat sedikit berbanding sebelumnya. Pagi2, dah kene ligat buat breakfast, pastu siapkan pula lunch utk anak sebelum dia ke sekolah. Dalam masa yang sama pulak, jadi tutor utk dia. Walaupun di sekolah cikgu dah ajar, kat rumah kene juga ajar balik dan monitor dia time buat homework. Kadang2 kalau takde homework, naz pulak bagi latihan sket, bukan apa..utk mantapkan lagi fahaman & secara tak langsung tambahkan minat & keyakinan anak Naz utk belajar. Tapi..bukan senang rupanya... Letih juga Naz... :-) tapi takpe, letih yang berbaloi-baloi..ehehe.

Anak2 pulak makin aktif tambahan pula yg kecik (yg baru 3thn tuh). Dah macam arnab dlm iklan bateri Energizer tuh! Tak reti langsung diam..ader je agenda dia kat rumah. Kalau tak main atau mewarna buku kaler yg Naz beli..mesti dia mengemas semula rumah ikut citarasa dia. (paham2 le keadaan rumah Naz time dia mengemas) Siap sedara Naz perli... "Takpe anak energizer bunny, mamanya boleh jadi SUPERWOMAN ". Kalau jadi superwoman, kene beli uniform khas le camtuh (tak nak kaler combi merah+biru & pelik cam superman)..seksa nnt.. ehehe..

Nanti bila free Naz akan sambung lagi. Actually Naz pon baru baik demam nie, semlman demam terbaring kat katil. Overworked agaknya... :-(

Maybe next entry nie, Naz nak citer sket pasal kegilaan baru anak Naz (bukan gila betul tuh..), kegilaan minat terhadap bende2 nie..nnt Naz citer yer?



Saturday, October 31, 2009

Hadiah...hadiah...hadiah...

Erm, lama betul tak update blog nie. Bersawang teruk dah jadiknya. Bukan apa, sibuk sket dgn kerja rumah dan anak2. Kene pulak, anak sulung Naz exam last 2 weeks. Alhamdulillah, results dia ok..lega & berbaloi rasanya bila tgk anak dpt keputusan yg baik dlm peperiksaan (walaupun baru peringkat tadika). Skrg sibuk pulak melatih dia utk konsert yg akan dtg. Kene menari twist la pulak...ehehe..kat sekolah twist dgn cikgu, kat rumah twist ngan mama lak. Gambar bertwist tak leh letak, kang ada yg pengsan...ehehe.

Entry kali nie Naz nak letakkan pic hadiah2 yg Naz dpt, ada sebagai hadiah birthday..ada yg saja kawan bagi.

Cottage comei nie hadiah dari Ira. Dari jauh datangnya cottage nie, terima kasih Ira sbb sudi poskan cottage nie jauh dr UK. Naz suka sgt2. Thanks a lot..

Bawah nie, ada beberapa hadiah yg Naz terima daripada kawan2 cyber (alam maya..hik hik). Terima kasih byk2 buat Zura (sew cute), Kak Zai (dari spore) & Kak Ida (dr Jay Bee).




Thats all for now..nnt samb yer..


Wednesday, September 30, 2009

Akhirnya...cottage2ku dah sampai..


Hmm..semalam pernantianku berakhir, cheh wah.....& cottage2 yg Naz pesan dah sampai. Hehehe..seronok tak terkata. Sambil unpacking kotak, sambil membelek2 cottage yang ada. Puas hati jugak Naz tengok cottages nie. Dah alang2 beli, baik beli utk satu koleksi simpanan. Mana tahu kan, mungkin lain kali susah nak dapatkan ke?

So Naz sempat snap pics secara pantasnya. Naz snap elok2 tak dpt sbb anak Naz yg boungsu asyik sibuk nak main cottage2 tuh. Dia ingat mainan dia... :P





Nie my favourite cottage, besar, cantik, berpagar & berat gak..hehehe.



Dua cottage bwh nie yang paling kecik antara semua. Tapi sayangnya, cottage yg kanan tuh chipped sket. Walaupun chipped, cottage tuh masih nampak cantik. Takpela kan..chipped cottage, unik gak kan?



Antara cottage2 nie, ada 1pc yg Wanie pesan dulu. itupun TBC. Tunggu apa respon dari Wanie.



Tu aje utk hari nie..



Sunday, September 13, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum. Lama pula tak update blog nie. Ingatkan bulan puasa nie lagi banyak masa Naz ada, rupa2nya..dlm bulan puasa nie, rasa masa cepat sgt2 berlalu..sedar2 dah nak habis Ramadhan. Sedih pula rasanya.



Dikesempatan ini, Naz sekeluarga nak memohon ampun dan maaf, sekiranya ada salah dan silap yg telah dilakukan, sama ada secara sengaja ataupun tidak. InsyaAllah, lepas raya, Naz akan update balik blog nie. Kepada semua yang akan balik raya nanti, berhati2 di jalan raya, semoga perjalanan anda semua selamat.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin



Pada yg bagi Naz kad Ramadhan & Kad Raya, Naz ucapkan jutaan terima kasih sbb sudi beri & ingat pada Naz. Cuma, Naz minta maaf banyak2 kalau Naz tak sempat nak ambil dan bawa ke blog nie. Mmg Naz tak ada peluang nak update blog time bulan puasa yg lepas.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga bulan Ramadhan tahun ini dapat dimanfaatkan oleh kita sebaik2nya dgn melakukan amal ibadah. InsyaAllah...

Harap sudi ambil kad nie, ikhlas dari Naz. He he


Wednesday, August 19, 2009

Cottage Oh Cottage!




Naz dah lama teringin cottage2 mini. Akhirnya kesampaian juga, thanks to Ira yg sudi tlg belikan utk Naz. Alang2 beli, Naz borong 7 pcs (tp tak semuanya utk Naz..ada sebijik utk org lain). Cottage2 nie baru naik kapal, mungkin beberapa hari sebelum Raya(kalau sempat), baru Naz akan terima. Excited mmg tak terkata. So, entry kali nie Naz nak share pic cottage2 yg Naz beli.(hanya a few yg mana ada Naz savekan gambar). Semua pic Naz ambil dari seller sbb bende lom sampai, so Naz tak boleh nak ambil pic cottage tuh sendiri.




*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Hmm, tak sabar2 nak terima...