Saturday, October 31, 2009

Hadiah...hadiah...hadiah...

Erm, lama betul tak update blog nie. Bersawang teruk dah jadiknya. Bukan apa, sibuk sket dgn kerja rumah dan anak2. Kene pulak, anak sulung Naz exam last 2 weeks. Alhamdulillah, results dia ok..lega & berbaloi rasanya bila tgk anak dpt keputusan yg baik dlm peperiksaan (walaupun baru peringkat tadika). Skrg sibuk pulak melatih dia utk konsert yg akan dtg. Kene menari twist la pulak...ehehe..kat sekolah twist dgn cikgu, kat rumah twist ngan mama lak. Gambar bertwist tak leh letak, kang ada yg pengsan...ehehe.

Entry kali nie Naz nak letakkan pic hadiah2 yg Naz dpt, ada sebagai hadiah birthday..ada yg saja kawan bagi.

Cottage comei nie hadiah dari Ira. Dari jauh datangnya cottage nie, terima kasih Ira sbb sudi poskan cottage nie jauh dr UK. Naz suka sgt2. Thanks a lot..

Bawah nie, ada beberapa hadiah yg Naz terima daripada kawan2 cyber (alam maya..hik hik). Terima kasih byk2 buat Zura (sew cute), Kak Zai (dari spore) & Kak Ida (dr Jay Bee).




Thats all for now..nnt samb yer..


Wednesday, September 30, 2009

Akhirnya...cottage2ku dah sampai..


Hmm..semalam pernantianku berakhir, cheh wah.....& cottage2 yg Naz pesan dah sampai. Hehehe..seronok tak terkata. Sambil unpacking kotak, sambil membelek2 cottage yang ada. Puas hati jugak Naz tengok cottages nie. Dah alang2 beli, baik beli utk satu koleksi simpanan. Mana tahu kan, mungkin lain kali susah nak dapatkan ke?

So Naz sempat snap pics secara pantasnya. Naz snap elok2 tak dpt sbb anak Naz yg boungsu asyik sibuk nak main cottage2 tuh. Dia ingat mainan dia... :P





Nie my favourite cottage, besar, cantik, berpagar & berat gak..hehehe.



Dua cottage bwh nie yang paling kecik antara semua. Tapi sayangnya, cottage yg kanan tuh chipped sket. Walaupun chipped, cottage tuh masih nampak cantik. Takpela kan..chipped cottage, unik gak kan?



Antara cottage2 nie, ada 1pc yg Wanie pesan dulu. itupun TBC. Tunggu apa respon dari Wanie.



Tu aje utk hari nie..



Sunday, September 13, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum. Lama pula tak update blog nie. Ingatkan bulan puasa nie lagi banyak masa Naz ada, rupa2nya..dlm bulan puasa nie, rasa masa cepat sgt2 berlalu..sedar2 dah nak habis Ramadhan. Sedih pula rasanya.



Dikesempatan ini, Naz sekeluarga nak memohon ampun dan maaf, sekiranya ada salah dan silap yg telah dilakukan, sama ada secara sengaja ataupun tidak. InsyaAllah, lepas raya, Naz akan update balik blog nie. Kepada semua yang akan balik raya nanti, berhati2 di jalan raya, semoga perjalanan anda semua selamat.


Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin



Pada yg bagi Naz kad Ramadhan & Kad Raya, Naz ucapkan jutaan terima kasih sbb sudi beri & ingat pada Naz. Cuma, Naz minta maaf banyak2 kalau Naz tak sempat nak ambil dan bawa ke blog nie. Mmg Naz tak ada peluang nak update blog time bulan puasa yg lepas.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga bulan Ramadhan tahun ini dapat dimanfaatkan oleh kita sebaik2nya dgn melakukan amal ibadah. InsyaAllah...

Harap sudi ambil kad nie, ikhlas dari Naz. He he


Wednesday, August 19, 2009

Cottage Oh Cottage!




Naz dah lama teringin cottage2 mini. Akhirnya kesampaian juga, thanks to Ira yg sudi tlg belikan utk Naz. Alang2 beli, Naz borong 7 pcs (tp tak semuanya utk Naz..ada sebijik utk org lain). Cottage2 nie baru naik kapal, mungkin beberapa hari sebelum Raya(kalau sempat), baru Naz akan terima. Excited mmg tak terkata. So, entry kali nie Naz nak share pic cottage2 yg Naz beli.(hanya a few yg mana ada Naz savekan gambar). Semua pic Naz ambil dari seller sbb bende lom sampai, so Naz tak boleh nak ambil pic cottage tuh sendiri.




*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Hmm, tak sabar2 nak terima...


Saturday, August 15, 2009

Weekend datang lagi

Hari cuti Sabtu dan Ahad nie, takde aktiviti berjln2/bershopping di luar dgn family. Kene tgu wabak A H1N1 reda baru boleh bawa anak2 berjalan..kesian dua2 nie, dah macam kene kurung je. Yg kakaknya keluar time ke tadika je. Time dia ke tadika pon, Naz cuak je rasa.

Semoga ALLAH melindungi kita semua umatNYA. AMIN

Takde entry menarik hari nie, saja nak share favourite video clip anak Naz yg sulung, Naisha. Favourite cartoon dia pun, SHAUN THE SHEEP nie. Kadang kalau dia tgk kartun nie, Naz pon menempek sama gak..ehehe. Seronoknya bkn apa..kartun nie kelakar, hehe. Geli hati tgk..

Jom tgk video clip nie..





Tuesday, August 11, 2009

Weekend project ~RA Frame

Last weekend, Naz try siapkan frame yg dah lama plan nak buat. Frame dah disapu sealer 10 hari yg sudah. Hehe, punya la lama baru nak didecoupagekan. Nak buat macamana, ada kerja lain menanti..hehehe. Actually nie Naz try nak copy dari design coaster RA, Naz ubah mana2 yg patut. Maka inilah hasilnya...ok ke? Hmm..


Frame nie Naz try wat mcm ala2 shabby le konon..main cuba try test je nie. Nak tgk, menjadi ke tak?


Saturday, August 8, 2009

Clay Roses


Hari ni, Sabtu, Naz tak ke mana2 pun. Memandangkan lebih baik duduk di rumah saja daripada keluar terutamanya time menularnya wabak A H1N1 nie.

Semlm Naz terima parcel dari Singapore, dari Kak Zai. Dlmnya ada alas meja dan small pillow yg Naz pesan dari kak Zai dan sejambak bunga rose (Clay Roses) yg Naz pesan dari Ida @Forever Blooms Decor Gifts.

Hmm, cantik2 roses dia. Waktu Naz order roses nie, mmg tak sabar2 nak dpt. Warna pink nie Naz berkenan bila tgk photo album FBDG, kalau ikutkan hati semuanya cantik tapi bunga nie, sekali Naz tengok, terus jatuh chenta...



Roses nie disusun dlm btk hand bouquet tapi bleh diletakkan dlm vase. Naz belum lagi letakkan dlm vase sbb tak jumpa vase yang sesuai lagi. Nak keluar mencari tu, alamatnya lama lagilah. So Naz simpan dulu sebelum jumpa tempat nak letak.


Kakak with the roses. Nak ambil gambar sendiri pegang roses nie..huhuhu, tak sanggup lak. Naz suka low profile je..keh keh keh.. ❤❤Thank you for the lovely bouquet, Ida. I really love it. A bouquet that will brighten up my home❤❤



Nie small pillow yg Naz pesan dari kak Zai, yang mmg pandai dlm bab jahit menjahit cc dsb. Naz mmg suka pillow nie, very sweet colour. Kak Zai pon ada bg gift kat Naz, beg roses yg cantik. Naz betul2 terkejut bila dpt, huhuhu..terharu sungguh. **Thanks a lot, sis. Really appreciate it**



Thursday, August 6, 2009

The purple RA jar

oNasib baik jumpa gingham ribbon warna purple nie, punyalah lama mencari..phewww..

Akhirnya siap jugak jar yg dah lama buat. Punyalah lama nak siapkan. Kalau dulu 1 jar nie dlm seminggu je boleh siap, sekarang ambil masa 2 minggu. Bukan sebab apa, sejak anak2 dah besar sikit nie, curious sgt..apa saja Naz buat sume nak tahu, nak ikut..Nak tunggu budak2 tidur baru dpt buat, itupun kalau mamanya tak tertidur sekali..ehehe.

Lepas nie ada lagi projek lain menanti..aduih berapa lama pulak nak ambil masa nak siapkan semua nie. Entahlah....


Wednesday, August 5, 2009

RE Heart Cushions


RE sebenarnya mmg sangat menarik. Hasil RE nie tak pernah2 membuatkan mata Naz jemu memandang, tambahan pula kalau yg membuatnya tuh kreatif. Sbbkan Naz minat sgt dgn RE (walaupun masih belum berpeluang mempelajarinya), Naz ada tempah 2 kusyen berbentuk hati..nak diletakkan di sofa.



Mula2nya mmg dua2 kusyen nie di sofa..lama2 geram pulak kecik anak Naz tuh, bagai nak dicabut2 bunga2 dekat kusyen tuh, jadi dgn rasminya, kusyen nie akan dijadikan penghias katil bilik tidur utama..keh keh keh...ok gak kan?



Kusyen yg nie, sebetulnya hadiah birthday Naz dari DRA tahun lepas. DRA nie kelab "De Royal Anggerik" di mana ahli2nya adalah yg berasal atau menetap di Klang Valley la kiranya. Last year mmg Naz aktif dlm kelab, cuma this year tak dpt nak aktifkan diri.


Kusyen nie, Naz beli sendiri..sbb tak lengkap rasanya kalau 1 je kusyen berbtk hati nie. Ini pun, ada satu lagi kusyen belum ambil2 lagi..dari sehari ke sehari nak pergi ambil, Naz pulak ada saja hal/aktiviti. Tapi kene gi ambil nie sebelum dikebas orang...huhuhuhu.. Tunggu kusyenku, tuanmu akan dtg ambil nnt..



Sunday, August 2, 2009

RE Boxes





Salam semua...Lama Naz tak masukkan entry. Bukan sebab apa, anak Naz yg kecik kene demam campak. Isnin lepas baru bintik2 tuh keluar..jadi setiap mlm adik (dan juga mamanya) tidur tak nyenyak..kejap2 minta Naz garukan kaki dia. Kejap2..."kaki tacittt....kaki tacitt.." Selagi dia tak nyenyak tidur, selagi tuh la Naz kene urut2 kaki dia yg gatal tuh...ehehe. Alhamdulillah dia okay dia..dan makin aktif dari biasa..nak jadikan cerita, time Naz ke dapur, dinding dia jadikan kanvas utk melukis...uwaaa....satu kerja pula utk Naz beruskan dinding utk keluarkan tanda2 conteng dia..adikkk adikk... ;)

Ok, hari nie takde apa sangat..just nak tunjuk koleksi RE boxes yg Naz ada. Tak byk mana pun, 3 je tapi rasanya cam yg menambah lagi. Setiap bentuk box Naz order dari kak umi. Latest yg empat segi kak umi buat, tuh lom ada lagi.. he he he he...


Yang bulat nie, my first box yang Naz beli..suka sangkat terutamanya sebab ada beads yg terjuntai2 tuh..very sweet kene pulak dengan kotak yg gunakan kain petak2..




Yg nie oval RE box..cantik bukan sekadar hiasan, Naz isi a few things kat dalam. 2 in 1 lah kiranya.



Nie EG (Eng Deco WMC) yg Naz dpt dari kak Umi. Memang bagai bulan jatuh ke riba, bila cabutan nama, Naz dpt kak Umi as partner. Mula2 dpt tahu, hati seronok tak terkata. Kak Umi pulak bagi Naz request, so apalagi........Naz request heart box berRE dan bunganya Naz mintak ala2 RA gitu. I loves this box so much and I use it to keep my brooches, pins, etc. **Thanks a lot, sis**

Ok, tu je dulu..will be cont..

Monday, July 27, 2009

CC Sue Bonnet & weekend decoupage project

Dua hari lepas, Naz tak letak apa2 entry. Sbbnya, anak kecik Naz, demam mula ptg hari Jumaat. Dia tak nangis, tapi kuat memerap. Biasalah, anak manja..

Ok, hari nie, Naz just nak tunjuk pic CC yg Naz tempah dari Eskay. Sebetulnya cc Naz terima Rabu lepas lagi, cuma tak ambil gambar je lagi. Naz request Eskay utk buatkan warna biru, saja nak yg lain sket. Selalunya Naz tgk cc sue bonnet nie dlm warna pink dan merah, so try kaler lain le pulak..



Weekend yg lepas nie, Naz sempat jugak buat beberapa decoupage yg simple2. Decoupage on jar dan on frame gambar. Kali nie saja try warna purple utk dua2 sekali sbb Naz jarang buat kaler purple utk background. So nie ada le sket pic items yg masih lom totally siap...



Rasanya nak tambah sket2 apa yang patut..yg jar nie, saja buat design yg sama sbb jar dulu aunty yg ambil..



Friday, July 24, 2009

Sikit lagi pasal decoupage



Assalamualaikum..salam pagi Jumaat. Cepat betul masa berlalu, tup2 dah Jumaat, rasa mcm baru smlm je Isnin. Hari nie entry tak pjg sgt kot..just nak letak pic decoupage yg ada..ada yg masih WIP(work in progress)




Actually board nie dah buat lama, time Naz belum pindah lagi..cuma Naz tak varnis lagi. Tak sure nak letak tulisan atau biar macam nie. Time pindah2 harituh, board nie ada dlm salah satu kotak brg2 decoupage, tak tahulah kenapa, ada macam sompek lak kat salah satu bucu board nie, tapi tak ketara sangat. Maybe weekend nie Naz nak settlekan board nie.






Nie rack yg Naz make over balik. Asalnya, nie laci deco yg Naz beli. Ntah kenapa, satu hari time Naz bersih2kan brg2 deco, Naz nampak ada kulat kat dlm laci2 kecil dan sekitarnya. Naz decided nak cat balik dan nak letak balik laci2 kecik tuh. Ntah macamana, bila dah cat dan didecoupagekan, rasa mcm tak best pulak kalau letakkan laci2 tuh balik. So Naz biar mcm nie je dulu. Rack kecik nie pon amsih lom divarnis sbb Naz ingat nak tambah bunga2 lagi kat tepi2 rack nie. Nak tengok kalau2 ada design2 yg sesuai.



Buat masa nie Naz susun mini topiary kat ats rack kecik nie. Mini topiary nie, Naz beli dari kakyon. Kalau nak tengok blog dia..ada kat link sebelah ye. Silakan.
(pic senget sbb time amik pic nie, anak2 Naz tgh main kejar2, so terlanggar Naz)




Jar nie bkn WIP, tapi dah disiapkan 2 weeks ago. Mula2 Naz buat nie sama2 dgn jar lain utk aunty Naz. So bila aunty dtg rumah, dia terpikat pulak dgn jar nie, dia kata nak gunakan letak gula2 dan letakkan kat meja makan. So dua2 jar aunty dah ambil. Yg jar satu lagi tuh, Naz tak sempat nak ambil gambar. Lupa laaaa....